nantikan Mac ini bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah UMT. Harap maaf jika blog ini masih terdapat banyak kekurangan. Blog ini masih dalam proses pembanggunan.harap maklum.

Friday 17 February 2012

Integriti & Rasuah (Penerangan ringkas dan padat)

Apa itu Integriti?


INTEGRITI






Kuantiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Dengan kata lain integriti adalah prinsip moral dan etika hidup yang baik.





Nilai-nilai integriti yang murni yang perlu ada bagi setiap individu

Amanah
Boleh dipercayai dan jujur semasa menunaikan sesuatu pekerjaan

Bertanggungjawab
Sentiasa memikul sesuatu tugasan dengan penuh tanggungjawab dan berkewajipan

Ikhlas
Melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, suci hati dan rela hati tanpa mengharap sebarang balasan

Dedikasi
Rela melunaskan sesuatu pekerjaan dengan penuh kesungguhan dan komitmen yang tinggi

Sederhana
Mengamalkan sikap tidak keterlaluan dan tidak menyukarkan diri sendiri mahupunorang lain.

Tekun
Mesti menunjukkan sikap kerajinan, kesungguhan dan beretika tinggi dalam melaksanakan ssuatu pekerjaan

Bersih
Sentiasa mengamalkan sikap rohaniah dan jasmaniah yang murni bagi menghasilkan tindakkan yang baik dan suci.

Berdisiplin
Komited, tertib serta mengikut peraturan dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Bekerjasama
Mempraktikkan amalan kerja nerpasukan dan permuafakatan demi mencapai matlamat bersama.

Berbudi mulia
Memupuk pengamalan sikap dan tindakkan yang suci dan berpaksikan kepada keadilan serta kebaikan masyarakat umum.

Apa itu rasuah?

Rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-Risywah. Di dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga jenayah lain seperti merompak,memeras ugut dan menipu. Oleh yang demikian rasuah boleh di katakan sebagai perbuatan memberi atau menerima imbuhan hasil dari perbuatan si penerima yang melakukan perbuatan yang diminta oleh pemberi. Malah selalunya ada unsur jahat  seperti penindasan, salah guna kuasa dan pemalsuan dokumen serta melibatkan penjawat awam mahupun pekerja swasta. 

Apa kaitannya integriti dan rasuah?

Apabila seorang individu itu memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi maka sudah pasti individu itu tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang tidak bermoral dan tidak beretika serta tidak akan melakukan sesuatau yang menyalahi undang-undang. Secara tidak langsusng individi terbabit tidakkan akan terlibat rasuah dan sentiasa menjauhi jenayah kolar putih ini. Malah individu berintegriti ini lah yang akan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras jenayah ini dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa.


pendek kata "Integriti meningkat, Rasuah menurun"

Ahmad Amir Asyraf Bin Ahmad Munir
Ketua Editor blog merangkap Timb.Presiden SPRUMT
2011/2012








No comments:

Post a Comment