nantikan Mac ini bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah UMT. Harap maaf jika blog ini masih terdapat banyak kekurangan. Blog ini masih dalam proses pembanggunan.harap maklum.

Thursday 2 February 2012

Sekapur Sirih

  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog rasmi bagi Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Terengganu(SPRUMT). Pertama sekali, saya selaku ketua editor blog ini mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong usaha kami dalam memberikan informasi dan kesedaran kepada semua masyaraakat tak kira pelajar mahupun masyarakat sekeliling khususnya mahasiswa UMT itu sendiri.

  Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Malaysia Terengganu telah ditubuhkan sejak 4 tahun yang lalu dibawah dibawah kendalian Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  Negeri Terengganu. Kelab ini juga berada dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bagi melancarkan lagi aktivitinya di kampus. Semenjak penubuhan kelab ini beberapa tahun yang lalu, pelbagai aktiviti, kempen, seminar seperti Kempen Anti Rasuah(KEMAR), Konvensyen Integriti dan Anti Rasuah Kebangsaan(KIARA) dan sebagainya. Semua ini diadakan bertujuan memberi input kepada mahasiswa UMT tentang bahana rasuah ini. Kini, SPRUMT mengorak langkah setapak lebih jauh dengan mewujudkan blog rasminya sendiri. Blog ini bertujuan memberikan informasi terkini berhubung aktiviti yang bakal di jalankan dan yang telajh dijalankan serta memberikan informasi ringkas berhubung jenayah rasuah yang berlaku di negara kita.

Diharapkan, kewujudan blog ini dapat memberikan inspirasi kepada semua agar lebih proaktif dalam membanteras gejala rasuah ini bersama-sama kami dan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM ).

Ahmad Amir Asyraf Ahmad Munir,
Ketua editor blog merangkap Timb.Presiden SPRUMT
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment