Kuala Terengganu, 31 Mac 2012 -
Sekretariat Pencegah Rasuah IPTA Universiti Malaysia Terengganu (SPR UMT)
telah menganjurkan majlis penutupan Kempen Anti Rasuah (KEMAR) peringkat kebangsaan 2012 yang terlah diadakan serentak pada bulan Mac di seluruh 19 IPTA yang terlibat. Kempen di UMT diadakan selama seminggu, bermula 25
hingga 31 Mac 2012. Tujuan kempen ini adalah untuk menyedarkan para mahasiswa
dan mahasiswi tentang bahaya rasuah dan kesannya terhadap negara sekiranya
jenayah ini tidak dibendung.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kempen tersebut bagi menarik minat
masyarakat kampus antaranya explore race ganyang rasuah, wartawan bergerak dan sebagainya.Pengarah program KEMAR, Saudara Ahmad Amir Asyraf berkata dalam ucapanya "Kempen di UMT pada tahun ini lebih agresif berbanding pada tahun lepas kerana kita(SPRUMT) memperuntikan kewangan yang besar agar kempen ini berjaya.ini merupakan satu kejayaan buat kami (SPRUMT)kerana sebanyak 150 poster telah ditampal diseluruh UMT, 700 stiker dan 900 pamplet telah diedarkan,serta 150 helai t-shirt dan button badge diberikan kepada sesiapa yang mengikuti kempen yang diadakan sepanjang minggu ini.
Pada malam Majlis Penutup Kempen tersebut, Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Tn. Hj. Md Yusoff Bin Md Zin selaku perasmi menerangkan dalam ucapanya tentang fungsi dan kuasa
SPRM serta kesan rasuah sekiranya jenayah ini tidak dicegah daripada
peringkat awal lagi. Justeru itu, beliau mengajak mahasiswa dan para pelajar untuk bersama
dengan SPRM membanteras jenayah rasuah hingga keakar umbi. Beliau menyeru
agar masyarakat kampus tampil untuk memberikan segala maklumat berkaitan
jenayah rasuah, salah gunakuasa dan penyelewengan dan bukan sekadar
menyerahkan tugas membanteras jenayah ini kepada pihak SPRM sahaja.
Pada Majlis tersebut, hadirin turut dipertontonkan dengan tayangan video
amanat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, TPj Dato' Samsiah Binti Abu Bakar. Penayangan video ini bukan sahaja
dipertontonkan di UMT sahaja malah dipertontonkan di seluruh IPTA yang terlibat dan video ini adalah video khas yang dirakam sempenan Kempen Anti-Rasuah (KEMAR) pada tahun ini. Seramai 120 orang mahasiswa dan mahasiswi yang memeriahkan
Majlis Penutup ini telah dihiburkan dengan tarian zapin yang dipersembahkan
Kelab Kebudayaan UMT. Pelbagai yang memberansangkan dari peserta antaranya Saudara Abdul Shahir, pelajar jurusan teknologi maritim berkata "KEMAR perlu diteruskan pada masa hadapan tetapi perlu pada perubahan mondus operandi mengikut peredaran masa agar dapat diterima oleh semua lapisan masyrakat khususnya remaja." reaksi posotif ini juga bukan sahaja diluahkan oleh peserta malah Presiden SPRUMT, Saudari Farah Ayuni juga menyatakan hasratnya bahawa SPRUMT sememangnya berhasrat menyambung KEMAR ini pada siri yang ketiga dengan cara yang lebih agresif melalui kepimpinan akan datang dan alumni SPRUMT sentiasa akan menyokong dan membantu SPRUMT di masa hadapan.
|
No comments:
Post a Comment