RASUAH
membawa kesengsaraan. Kesengsaraan pula datangnya bermacam-macam bentuk.
Ditimpa musibah seperti kemalangan atau bencana alam, perceraian, kehinaan,
kehilangan keluarga dan rakan-rakan, muflis, sakit dan sebagainya.
Seseorang yang
memilih terlibat dalam rasuah sama ada sedar atau tidak, mereka mungkin ditimpa
kesengsaraan sebagai pengajaran yang mana tempoh dan bentuknya hanya Tuhan
menentukannya.
Malangnya, bagi
mereka yang mengamalkan rasuah sebagai cara hidup dan mahu cepat senang tidak
sedar kesan perbuatannya terhadap keluarga, masyarakat dan negara.
Tidak hairanlah, bagi
sesetengah negara yang ‘menghalalkan’ perbuatan rasuah bermaharajalela sering
ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kata orang, walaupun
terlepas hukuman dunia belum tentu lepas hukuman akhirat.
Satu kisah benar membuka siri Jejak Rasuah minggu ini, boleh dijadikan teladan dan
sempadan bagaimana rasuah itu boleh membawa kesengsaraan, bukan sahaja pada
diri sendiri, malah memberi kesan kepada orang yang paling rapat seperti anak.
Kegiatan rasuah
seorang bapa terbongkar ketika anaknya, Sari (bukan nama sebenar) ditangkap
khalwat bersama kekasih di sebuah kondominium di ibu negara.
Maklumat yang diberi
oleh orang awam yang tidak tahan melihat perlakuan sepasang kekasih berlagak
suami isteri itu telah membawa kepada risikan pihak Jabatan Agama Islam
sehingga tangkapan berjaya dibuat kira-kira pukul 2 pagi hari kejadian.
Pihak penguat kuasa
terpaksa merempuh pintu kondo itu setelah hampir 20 minit menunggu untuk
dibuka.
Ketika tangkapan,
pasangan kekasih itu menunjukkan ‘sijil nikah’ kepada penguat kuasa,
bagaimanapun penipuan mereka berjaya dikesan selepas salah seorang penguat
kuasa mendapati sijil nikah itu palsu.
Sari menangis dan
merayu agar dilepaskan dengan alasan dirinya berbadan dua. Bukan sahaja dosanya
berzina dan cuba menipu, malah dia juga mengandung anak luar nikah.
Sijil nikah palsu
yang dirampas telah membawa kepada tangkapan seorang pemilik Pusat Kursus
Perkahwinan, Ahmad (bukan nama sebenar) yang bersubahat dengan seorang penguat
kuasa sambilan di Jabatan Agama Islam, Amir (bukan nama sebenar).
Risikan dan tangkapan
dilakukan oleh SPRM hasil maklumat dan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam.
Hasil siasatan
mendapati Ahmad dan Amir meminta rasuah RM3,000 daripada pasangan kekasih yang
mahu sijil nikah palsu serta sijil kursus perkahwinan palsu.
Apa yang mengejutkan,
Amir merupakan bapa kandung kepada Sari bagaimanapun tanpa pengetahuan
kedua-dua pihak, kekasih Sari telah mendapat sijil nikah palsu itu daripada
Ahmad.
Amir terkejut dan
sedih setelah dimaklumkan keterlanjuran yang dilakukan anak sulungnya itu tetapi
bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
No comments:
Post a Comment