nantikan Mac ini bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah UMT. Harap maaf jika blog ini masih terdapat banyak kekurangan. Blog ini masih dalam proses pembanggunan.harap maklum.

Friday 4 May 2012

Kempen Anti Rasuah (KEMAR) Anjuran SPR UMT


Kuala Terengganu, 31 Mac 2012 - Sekretariat Pencegah Rasuah IPTA Universiti Malaysia Terengganu (SPR UMT) telah menganjurkan majlis penutupan Kempen Anti Rasuah (KEMAR) peringkat kebangsaan 2012 yang terlah diadakan serentak pada bulan Mac di seluruh 19 IPTA yang terlibat. Kempen di UMT diadakan selama seminggu, bermula 25 hingga 31 Mac 2012. Tujuan kempen ini adalah untuk menyedarkan para mahasiswa dan mahasiswi tentang bahaya rasuah dan kesannya terhadap negara sekiranya jenayah ini tidak dibendung.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang kempen tersebut bagi menarik minat masyarakat kampus antaranya explore race ganyang rasuah, wartawan bergerak dan sebagainya.Pengarah program KEMAR, Saudara Ahmad Amir Asyraf berkata dalam ucapanya "Kempen di UMT pada tahun ini lebih agresif berbanding pada tahun lepas kerana kita(SPRUMT) memperuntikan kewangan yang besar agar kempen ini berjaya.ini merupakan satu kejayaan buat kami (SPRUMT)kerana sebanyak 150 poster telah ditampal diseluruh UMT, 700 stiker dan 900 pamplet telah diedarkan,serta 150 helai t-shirt dan button badge diberikan kepada sesiapa yang mengikuti kempen yang diadakan sepanjang minggu ini. 

Pada malam Majlis Penutup Kempen tersebut, Pengarah SPRM Negeri Terengganu, KPKPj Tn. Hj. Md Yusoff Bin Md Zin selaku perasmi menerangkan dalam ucapanya tentang fungsi dan kuasa SPRM serta kesan rasuah sekiranya jenayah ini tidak dicegah daripada peringkat awal lagi. Justeru itu, beliau mengajak mahasiswa dan para pelajar untuk bersama dengan SPRM membanteras jenayah rasuah hingga keakar umbi. Beliau menyeru agar masyarakat kampus tampil untuk memberikan segala maklumat berkaitan jenayah rasuah, salah gunakuasa dan penyelewengan dan bukan sekadar menyerahkan tugas membanteras jenayah ini kepada pihak SPRM sahaja. 

Pada Majlis tersebut, hadirin turut dipertontonkan dengan tayangan video amanat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, TPj Dato' Samsiah 
Binti Abu Bakar. Penayangan video ini bukan sahaja 
dipertontonkan di UMT sahaja malah dipertontonkan di seluruh IPTA yang terlibat dan video ini adalah video khas yang dirakam sempenan Kempen Anti-Rasuah (KEMAR) pada tahun ini. Seramai 120 orang mahasiswa dan mahasiswi yang memeriahkan Majlis Penutup ini telah dihiburkan dengan tarian zapin yang dipersembahkan Kelab Kebudayaan UMT. Pelbagai yang memberansangkan dari peserta antaranya Saudara Abdul Shahir, pelajar jurusan teknologi maritim berkata "KEMAR perlu diteruskan pada masa hadapan tetapi perlu pada perubahan mondus operandi mengikut peredaran masa agar dapat diterima oleh semua lapisan masyrakat khususnya remaja." reaksi posotif ini juga bukan sahaja diluahkan oleh peserta malah Presiden SPRUMT, Saudari Farah Ayuni juga menyatakan hasratnya bahawa SPRUMT sememangnya berhasrat menyambung KEMAR ini pada siri yang ketiga dengan cara yang lebih agresif melalui kepimpinan akan datang dan alumni SPRUMT sentiasa akan menyokong dan membantu SPRUMT di masa hadapan.




















 Disediakan oleh
Muhammad Rahmat Bin Saad
Timb. Setiausaha SPRUMT
Wartawan Blog SPRUMT

No comments:

Post a Comment